Gunung Elbrus
Gunung Elbrus

Gunung Elbrus

Gunung Elbrus (Bahasa Rusia: Эльбру́с, tr. Elbrus,IPA: [ɪlʲˈbrus]; Bahasa Kabardian: Ӏуащхьэмахуэ, translit. 'uaşhəmaxuə; Bahasa Karachai-Balkar: Минги тау, translit. Mingi Taw, Svan: ფასა, perumian: pasa) merupakan puncak tertinggi di Rusia serta benua Eropah. Gunung ini terletak di kawasan barat Kaukasus dan berperanan sebagai puncak tertinggi Pergunungan Kaukasus. Gunung berapi pendam ini berketinggian 5,642 m (18,510 ka) di atas paras laut, menjadikan gunung ini sebagai stratovolkano di Eurasia serta puncak ke-10 paling menonjol di dunia.[6] Secara geopolitik, gunung ini terletak di Rusia Selatan, yakni di republik Kabardino-Balkaria.Elbrus memiliki dua puncak, kedua-duanya merupakan kubah gunung berapi pendam. Puncak barat yang lebih tinggi berada pada ketinggian 5,642 meter (18,510 ka);[2] sementara puncak timur berketinggian 5,621 meter (18,442 ka). Puncak timur berjaya ditawan pada 10 Julai 1829 oleh Khillar Khachirov, dan puncak barat ditawan pada 1874 oleh sebuah misi penjelajahan British oleh F. Crauford Grove dan Frederick Gardner, Horace Walker serta pemandu Switzerland Peter Knubel.

Gunung Elbrus

Letusan terakhir 50 Masihi ± 50 tahun[5]
Pengasingan 2,473 kilometer (1,537 bt)
Koordinat 43°21′18″N 42°26′21″E / 43.35500°N 42.43917°E / 43.35500; 42.43917Koordinat: 43°21′18″N 42°26′21″E / 43.35500°N 42.43917°E / 43.35500; 42.43917
Senarai Tujuh Puncak
Tujuh Puncak Berapi
Puncak tertinggi negara
Tonjolan ultra
Pendakian pertama (puncak barat) 1874, oleh Florence Crauford Grove, Frederick Gardner, Horace Walker dan pemandu Peter Knubel dan Ahiya Sottaiev
(puncak rendah) 22 Julai 1829 oleh Khillar Khachirov
Peta topo Elbrus dan Baksan Atasan oleh EWP[3][4]
Tonjolan 4,741 m (15,554 ka) 
ke-10
Usia batuan Tidak diketahui
Negara  Rusia
Induk banjaran Pergunungan Kaukasus
Ketinggian 5,642 m (18,510 ka) [1][2]
Laluan paling mudah Pendakian ais/salji

Rujukan

WikiPedia: Gunung Elbrus http://www.ewpnet.com/elbrumap.htm http://www.ewpnet.com/maps/elbrussample.htm http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=0... http://earthobservatory.nasa.gov/IOTD/view.php?id=... http://www.summitpost.org/mountain/rock/150255/mou... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Gunun... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://www.cia.gov/the-world-factbook/countries/r... https://id.loc.gov/authorities/names/n82131532 https://d-nb.info/gnd/4274699-1